Assalamualaikum..
Kali ni saya nak bawak anda semua berfikir sejenak tentang kerunsingan@kemelut@keterlampauan yang sedang menyerang negara kita. Apa yg berlaku semenjak dua menjak ni benar-benar mencabar gaya berfikir seseorang itu jika beliau suka befikir.
Ya..saya bercakap tentang kemelut politik di Malaysia. Tapi sebelum tu, sila tanggalkan topi UMNO@PAS@PKR anda. Kita diskusi sebagai seorang yang neutral tanpa caj negatif mahupun positif.
Saya yakin, kita semua secara tiba2 rasa tidak selesa dengan perkembangan politik semasa. Namun sedarkah kita yang lebih banyak berbicara soal poltik sekarang adalah orang MELAYU?? Tiba2 juga saya lihat sudah ramai Melayu menjadi peguam hatta memiliki ijazah undang2. Tiba2 juga saya lihat ramai melayu pandai berdebat selain dari memiliki blogs yg hebat. Tiba2 juga saya lihat ramai Melayu menjadi bangsat dengan mempertaruhkan agama bagi menjaga ego kepartaian mereka. Tiba2 juga saya lihat ramai Melayu menghina dan mempertahankan sultan walaupun sebelum ini Melayu juga yang berasa hebat apabila kuasa sultan dirampas. Tiba2 juga saya lihat Melayu sangat terdesak mencari identiti politik yang sekarang ini boleh berubah mengikut keadaan cuaca. Tiba2 juga saya lihat Melayu menghalalkan perbuatan yang sebelum ini Melayu juga yang haramkan. Tiba2 juga saya lihat bangsa lain sngt berani berterus terang dan mempersoalkan hak2 Melayu. DAN TIBA2 SAYA LIHAT CINA DAN INDIA KETAWAKAN MELAYU DEK KERANA KEPANDAIAN MELAYU DALAM POLITIKUS MURAHAN!!
Bangkit la MELAYU!! Jangan MELAYU terus TERLAYU!!
Shahrul Hj Harun
Thursday, February 19, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)