Assalamualaikum..
Kali ni saya nak bawak anda semua berfikir sejenak tentang kerunsingan@kemelut@keterlampauan yang sedang menyerang negara kita. Apa yg berlaku semenjak dua menjak ni benar-benar mencabar gaya berfikir seseorang itu jika beliau suka befikir.
Ya..saya bercakap tentang kemelut politik di Malaysia. Tapi sebelum tu, sila tanggalkan topi UMNO@PAS@PKR anda. Kita diskusi sebagai seorang yang neutral tanpa caj negatif mahupun positif.
Saya yakin, kita semua secara tiba2 rasa tidak selesa dengan perkembangan politik semasa. Namun sedarkah kita yang lebih banyak berbicara soal poltik sekarang adalah orang MELAYU?? Tiba2 juga saya lihat sudah ramai Melayu menjadi peguam hatta memiliki ijazah undang2. Tiba2 juga saya lihat ramai melayu pandai berdebat selain dari memiliki blogs yg hebat. Tiba2 juga saya lihat ramai Melayu menjadi bangsat dengan mempertaruhkan agama bagi menjaga ego kepartaian mereka. Tiba2 juga saya lihat ramai Melayu menghina dan mempertahankan sultan walaupun sebelum ini Melayu juga yang berasa hebat apabila kuasa sultan dirampas. Tiba2 juga saya lihat Melayu sangat terdesak mencari identiti politik yang sekarang ini boleh berubah mengikut keadaan cuaca. Tiba2 juga saya lihat Melayu menghalalkan perbuatan yang sebelum ini Melayu juga yang haramkan. Tiba2 juga saya lihat bangsa lain sngt berani berterus terang dan mempersoalkan hak2 Melayu. DAN TIBA2 SAYA LIHAT CINA DAN INDIA KETAWAKAN MELAYU DEK KERANA KEPANDAIAN MELAYU DALAM POLITIKUS MURAHAN!!
Bangkit la MELAYU!! Jangan MELAYU terus TERLAYU!!
Shahrul Hj Harun
Thursday, February 19, 2009
Saturday, January 31, 2009
Le Tour de Johore
Assalamualaikum.
Secara rasminya, Hj Harun & Hjh Hasnah sekeluarga telah menamatkan jelajah Johor dengan jayanya. Jelajah ini telah disertai oleh:
Sekitar jam 11.30 pagi, rombongan telah bersiap untuk bertolak ke Mersing..Walau bagaimanapun, perjalanan tidaklah semudah yang disangka..jalan sesak dan kami telah terkandas di kesesakan jalanraya sekitar kawasan Bandar Penawar..
Setelah berpenat-lelah, akhirnya rombongan selamat tiba di Mersing..Penginapan seterusnya ialah di Hotel Seri Malaysia..namun, bonda dan beberapa ahli rombongan tidak berpuas hati dengan kedudukan bilik yang terasing.. Perjalanan diteruskan untuk mencari tempat penginapan yang lebih strategik.
Destinasi pertama merupakan chalet terjemahan bantuan dari MOA..haha..padanlah ianya diusahakan oleh ahli2 MOA kerana lokasinya yang terletak betul2 di kawasan sawah padi..beberapa watak utama masih kurang berpuas hati dan perjalanan diteruskan sehinggalah bertemu pula dengan sebuah tempat penginapan yang bernama Puteri Inn..Seperti yang dapat kita lihat di gambar di atas, jgn tertipu dengan piring astro kerana ianya tidak berfungsi..haha.Ada yang tak kisah namun ada jugak yang mengeluh..ya la..jauh berjalan. takkan nak menginap kat tempat macam ni..standard asrama sekolah ja..hehe.

Setelah berhempas pulas melawan kelenguhan kaki dan pinggang, akhirnya kami tiba di sebuah resort yang umphhh..mampu menghilangkan rasa penat seharian. maklumlah...dah hampir 7 jam terperuk di dalam kereta. Credit kepada kakak yang recepcionist kat Puteri Inn. Kalau tak kerana dia, mungkin segerombolan manusia masih teraba-raba mencari tempat penginapan. Semua menjerit keriangan apabila check-in ke bilik. "WOW!!". Sebenarnya alasan utama kegilaan tu bukan la sebab tempat tu outstanding. Tetapi lebih kepada keseronokan kerana akhirnya dapat tempat menginap yang selesa dan mempunyai kemudahan untuk memasak.

Pada sebelah malam, kaum Adam mengisi masa lapang dengan berkaraoke dan bermain pool. Apa lagi, bagi pujangga yang memiliki suara lunak bak buluh perindu inilah masanya untuk melepaskan geram dan penat setelah seharian memandu. Sempat 7 lagu ja..ada manusia lain plak take over.hampess..hehe. Selaku pemilik suara emas, kami redha dan merelakan mereka yang bersuara sumbang tu untuk practice vibrato dan farceto.haha!!
Keesokan harinya, rombongan terus bertolak ke Batu Pahat sambil meninggalkan Summerset dengan hati yang lega gumbira. Lihatlah bagaimana dua kanak-kanak ribena melompat keriangan bagi meng"ekspressi"kan kesoronokan tahap dewa. Juga dapat dilihat wajah2 yg cuba mempamerkan wajah cute walaupun umum mengetahui mereka tak cute..haha!!

Akhirnya matlamat utama ke Johor telah tercapai..Pak Long telah kami lawati. Memang tenat..hmmm..sempat juga bertemu dengan Cu, kak kiah, abg zam etc..

Btw, Pak Long dah kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihah..
Rombongan selepas itu terus bertolak pulang ke Rawang. Tapi sebelum sampai Rawang, sempat lagi bershopping..Biasa la. Kalau kaum hawa ada bersama, sesi menghabiskan wang mesti menjadi keutamaan..hehe. Cis, aku pun terkena..hahaha.
Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya dapat kami sekeluarga berkumpul dan menunaikan niat/keinginan bapak. Puas!! Semoga tahun depan kita dikurniakan umur yang panjang dan kesempatan untuk pusing malaya sekali lagi. Kali ini, isteriku pasti bersama!!haha!!
Shahrul Hj Harun
Secara rasminya, Hj Harun & Hjh Hasnah sekeluarga telah menamatkan jelajah Johor dengan jayanya. Jelajah ini telah disertai oleh:
- Hj Harun & Hjh Hasnah selaku ketua pasukan
- Mazlan, Azman, Azham, Huzaini, Shahrul dan Shazlee selaku pilot dan co-pilot
- Kak Lang, Kak Hawa, Kak Niza, Kak Nora dan Shazliza selaku tukang masak dan pembeleter utama (hahaha!btw, shazliza tak masak pun..makan dia tau la)
- Azim, Faris, Azzan, Azzri, Tasha, Aziq, Zafri, Balqis, Mimi, Ain, Danish, Eicha dan Damia selaku penyeri dan penyibuk
Sekitar jam 11.30 pagi, rombongan telah bersiap untuk bertolak ke Mersing..Walau bagaimanapun, perjalanan tidaklah semudah yang disangka..jalan sesak dan kami telah terkandas di kesesakan jalanraya sekitar kawasan Bandar Penawar..
Destinasi pertama merupakan chalet terjemahan bantuan dari MOA..haha..padanlah ianya diusahakan oleh ahli2 MOA kerana lokasinya yang terletak betul2 di kawasan sawah padi..beberapa watak utama masih kurang berpuas hati dan perjalanan diteruskan sehinggalah bertemu pula dengan sebuah tempat penginapan yang bernama Puteri Inn..Seperti yang dapat kita lihat di gambar di atas, jgn tertipu dengan piring astro kerana ianya tidak berfungsi..haha.Ada yang tak kisah namun ada jugak yang mengeluh..ya la..jauh berjalan. takkan nak menginap kat tempat macam ni..standard asrama sekolah ja..hehe.
Setelah berhempas pulas melawan kelenguhan kaki dan pinggang, akhirnya kami tiba di sebuah resort yang umphhh..mampu menghilangkan rasa penat seharian. maklumlah...dah hampir 7 jam terperuk di dalam kereta. Credit kepada kakak yang recepcionist kat Puteri Inn. Kalau tak kerana dia, mungkin segerombolan manusia masih teraba-raba mencari tempat penginapan. Semua menjerit keriangan apabila check-in ke bilik. "WOW!!". Sebenarnya alasan utama kegilaan tu bukan la sebab tempat tu outstanding. Tetapi lebih kepada keseronokan kerana akhirnya dapat tempat menginap yang selesa dan mempunyai kemudahan untuk memasak.
Pada sebelah malam, kaum Adam mengisi masa lapang dengan berkaraoke dan bermain pool. Apa lagi, bagi pujangga yang memiliki suara lunak bak buluh perindu inilah masanya untuk melepaskan geram dan penat setelah seharian memandu. Sempat 7 lagu ja..ada manusia lain plak take over.hampess..hehe. Selaku pemilik suara emas, kami redha dan merelakan mereka yang bersuara sumbang tu untuk practice vibrato dan farceto.haha!!
Keesokan harinya, rombongan terus bertolak ke Batu Pahat sambil meninggalkan Summerset dengan hati yang lega gumbira. Lihatlah bagaimana dua kanak-kanak ribena melompat keriangan bagi meng"ekspressi"kan kesoronokan tahap dewa. Juga dapat dilihat wajah2 yg cuba mempamerkan wajah cute walaupun umum mengetahui mereka tak cute..haha!!
Akhirnya matlamat utama ke Johor telah tercapai..Pak Long telah kami lawati. Memang tenat..hmmm..sempat juga bertemu dengan Cu, kak kiah, abg zam etc..
Btw, Pak Long dah kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihah..
Rombongan selepas itu terus bertolak pulang ke Rawang. Tapi sebelum sampai Rawang, sempat lagi bershopping..Biasa la. Kalau kaum hawa ada bersama, sesi menghabiskan wang mesti menjadi keutamaan..hehe. Cis, aku pun terkena..hahaha.
Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya dapat kami sekeluarga berkumpul dan menunaikan niat/keinginan bapak. Puas!! Semoga tahun depan kita dikurniakan umur yang panjang dan kesempatan untuk pusing malaya sekali lagi. Kali ini, isteriku pasti bersama!!haha!!
Shahrul Hj Harun
Thursday, January 15, 2009
Makluman
Thursday, December 18, 2008
Majlis Perkahwinan Shahrul & Auzal Azura
Alhamdulillah, majlis yang telah dirancang beberapa bulan dulu telah berjalan dengan lancarnya. Saya telah sah bergelar suami orang (hehe) pada 12/12/2008. Resepsi sebelah pengantin perempuan diadakan pada 13/12/2008 manakala sebelah saya telah diadakan pada 14/12/2008.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada:
- Ayahanda dan Bonda - Hj Harun dan Hjh Hasnah
- Kekanda2 - Azeman & Zuriadah, Mazlan & Aminah, Azman & Rohaida, Azham & Hawa, Huzaini & Haniza dan Noorasikhin
- Ayahanda dan Bonda Saudara - Paklang Marzuki & Mak Lang Zah, Pak Njang Ali & Mak Njang Puziah, Pak Teh Norhikdmi & Mak Teh Roshadah, Pakcik Shahidi & Makcik Mah, Pak Su Rosdi & Maksu Ani, Pak Lah & Mak Ani
- Sepupu-sepapat- Boy& Kak Fiza, Ita & Abg Rizal, Mimi, Anne Lorat, Ina, Mat Faisal, Fizi, Azizi, Abg Mat Taha, Abg Sani, Kak Ija, Kak Baby, Lily & Razif, Azura, Anis, Wani, Nurul
- Anak2 menakan - Shazlee, Shazliza lorat, Shazmeel, Shazriq, Ahmad Fitri, Fitrah, Shukri, Azim, Faris, Azzan, Azzri, Tasha, Aziq, Zafri, Balkis, Shamimi, Nur Ain, Danish, Eicha dan Damia.
Sekali lagi terima kasih. Diharap kalian mendoakan kebahagiaan rumahtangga saya.
Shahrul Hj Harun
Entri Pengenalan
Assalamualaikum..
Ini merupakan entri pertama bagi blog yang diwujudkan khusus bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara saudara di bawah panji "Bani Ismail". Semoga dengan kewujudan blog keluarga ini kita semua dapat berkongsi info2 terkini, sejarah atau apa2 sahaja yang dirasakan wajar dikongsi. Kita takut yang jauh terus jauh, yang dekat menjadi renggang. InsyaAllah, Saya juga akan cuba usahakan family tree keluarga kita.
Sekian.

Subscribe to:
Posts (Atom)