Secara rasminya, Hj Harun & Hjh Hasnah sekeluarga telah menamatkan jelajah Johor dengan jayanya. Jelajah ini telah disertai oleh:
- Hj Harun & Hjh Hasnah selaku ketua pasukan
- Mazlan, Azman, Azham, Huzaini, Shahrul dan Shazlee selaku pilot dan co-pilot
- Kak Lang, Kak Hawa, Kak Niza, Kak Nora dan Shazliza selaku tukang masak dan pembeleter utama (hahaha!btw, shazliza tak masak pun..makan dia tau la)
- Azim, Faris, Azzan, Azzri, Tasha, Aziq, Zafri, Balqis, Mimi, Ain, Danish, Eicha dan Damia selaku penyeri dan penyibuk
Sekitar jam 11.30 pagi, rombongan telah bersiap untuk bertolak ke Mersing..Walau bagaimanapun, perjalanan tidaklah semudah yang disangka..jalan sesak dan kami telah terkandas di kesesakan jalanraya sekitar kawasan Bandar Penawar..
Destinasi pertama merupakan chalet terjemahan bantuan dari MOA..haha..padanlah ianya diusahakan oleh ahli2 MOA kerana lokasinya yang terletak betul2 di kawasan sawah padi..beberapa watak utama masih kurang berpuas hati dan perjalanan diteruskan sehinggalah bertemu pula dengan sebuah tempat penginapan yang bernama Puteri Inn..Seperti yang dapat kita lihat di gambar di atas, jgn tertipu dengan piring astro kerana ianya tidak berfungsi..haha.Ada yang tak kisah namun ada jugak yang mengeluh..ya la..jauh berjalan. takkan nak menginap kat tempat macam ni..standard asrama sekolah ja..hehe.
Setelah berhempas pulas melawan kelenguhan kaki dan pinggang, akhirnya kami tiba di sebuah resort yang umphhh..mampu menghilangkan rasa penat seharian. maklumlah...dah hampir 7 jam terperuk di dalam kereta. Credit kepada kakak yang recepcionist kat Puteri Inn. Kalau tak kerana dia, mungkin segerombolan manusia masih teraba-raba mencari tempat penginapan. Semua menjerit keriangan apabila check-in ke bilik. "WOW!!". Sebenarnya alasan utama kegilaan tu bukan la sebab tempat tu outstanding. Tetapi lebih kepada keseronokan kerana akhirnya dapat tempat menginap yang selesa dan mempunyai kemudahan untuk memasak.
Pada sebelah malam, kaum Adam mengisi masa lapang dengan berkaraoke dan bermain pool. Apa lagi, bagi pujangga yang memiliki suara lunak bak buluh perindu inilah masanya untuk melepaskan geram dan penat setelah seharian memandu. Sempat 7 lagu ja..ada manusia lain plak take over.hampess..hehe. Selaku pemilik suara emas, kami redha dan merelakan mereka yang bersuara sumbang tu untuk practice vibrato dan farceto.haha!!
Keesokan harinya, rombongan terus bertolak ke Batu Pahat sambil meninggalkan Summerset dengan hati yang lega gumbira. Lihatlah bagaimana dua kanak-kanak ribena melompat keriangan bagi meng"ekspressi"kan kesoronokan tahap dewa. Juga dapat dilihat wajah2 yg cuba mempamerkan wajah cute walaupun umum mengetahui mereka tak cute..haha!!
Akhirnya matlamat utama ke Johor telah tercapai..Pak Long telah kami lawati. Memang tenat..hmmm..sempat juga bertemu dengan Cu, kak kiah, abg zam etc..
Btw, Pak Long dah kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihah..
Rombongan selepas itu terus bertolak pulang ke Rawang. Tapi sebelum sampai Rawang, sempat lagi bershopping..Biasa la. Kalau kaum hawa ada bersama, sesi menghabiskan wang mesti menjadi keutamaan..hehe. Cis, aku pun terkena..hahaha.
Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya dapat kami sekeluarga berkumpul dan menunaikan niat/keinginan bapak. Puas!! Semoga tahun depan kita dikurniakan umur yang panjang dan kesempatan untuk pusing malaya sekali lagi. Kali ini, isteriku pasti bersama!!haha!!
Shahrul Hj Harun
maafkan saya.
ReplyDeletesila upload gambar saya.
atau saya akan keluar dari keluarga ini.
terima kasih.
sile hapdet.
ReplyDelete